Monday, 31 August 2015

Tutorial 1 (7/7/15) - Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam masyarakat majmuk di Malaysia?

Budi Bahasa
Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat.  

♥ Dapat Mewujudkan Perpaduan Antara Masyarakat Berbilang Kaum Di Negara 
   Kita

Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghomati tidak kira apa-apa jua warna kulit     
     ataupun status individu tersebut.


Mendidik masyarakat yang berlainan bangsa dan agama supaya sentiasa menjaga          

    perasaanantara satu sama lain sama ada melalui tutur bicara atau perlakuan.

Apabila wujudnya sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana  

yang harmoni dan gembira walaupun hidup dalam masyarakat yang berbeza budaya, adat dan

kepercayaan 
Dapat Melahirkan Masyarakat Yang Bertamadun
Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah.

 Masyarakat yang bertamadun tidak akan bersikap biadab dan kasar seperti mengeluarkan kata kata kesat.

Dalam konteks ini, Negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat.

Melahirkan pemimpin yang berdedikasi
Amalan budi bahasa penting kepada masyarakat majmuk terutamanya kepada golongan remaja.Mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara.

Amalan budi bahasa perlulah dijadikan panduan hidup kepada generasi muda supaya merekdapat menjauhkan diri daripada kancah gejala sosial.
Pemimpin yang berbudi  bahasa bukan sahaja dapat memajukan sesebuah Negara, malah juga dapat meningkatkan imej Negara di persada dunia. 
 ♥ Meningkat Industri Pelancongan
Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. 
Hal ini dapat meninggalkan imej yang positif terhadapNegara kita dalam diri pelancong
Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing.
Senario ini secara tidak langsung akan menjana ekonomi negara melalui industri pelancongan negara yang kian mendapat sambutan hangat.



Kuliah 1 : Budi


PENGERTIAN BUDI
  • Akal, kebijaksanaan atau sifat baik
  • Jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang berlainan
  • Perangai, budi pekerti, kelakuan, tabiat, akhlak, watak
  • Bicara, muslihat, ikhtiar, daya upaya
  • Orang yang menabur budi tidak mengharapkan balasan
  • Budi haruslah diberikan secara ikhlas
  • Orang yang menerima budi tidak pula dituntut untuk untuk membalas budi
PENGERTIAN BAHASA
  • Sistem lambang bunyi yang digunakan untuk berkomunikasi
  • Berkembang berdasarkan suatu sistem atau aturan yang dipatuhi
  • Berfungsi sebagai sarana wadah atau cara sebagai saranan komunikasi, intergrasi dan adaptasi
  • Dua fungsi utama ; menerima dan menyampaikan maklumat
  • Berbentuk lisan, tulisan dan isyarat
  • Mencerminkan bentuk kehidupan
  • Agama dijunjung dan adat diperkukuh
  • Boleh ditakrifkan sebagai adab, tatatertib, sopan santun dan tingkah laku yang baik
  • Pertuturan atau percakapan yang baik
PENGERTIAN BUDI BAHASA
  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib.
  • Akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan bercantum dalam kata- kata mulia.
  • Dengan kata lain setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketelusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita
Sudah pastinya seluruh rakyat Malaysia mengenali lagu tersebut dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Melalui lagu tersebut, seluruh lapisan masyarakat dapat melihat betapa kayanya rakyat Malaysia dengan budi bahasa. 

Sumber:
 https://kesantunanipgktik02.wordpress.com/