Isu Pendidikan
Guru Disiplin Cedera Dibelasah Oleh 10 Orang Pelajar
AlorSetar :Seorang guru disiplin dibelasah oleh sekumpulan pelajarTingkatan 5 di SMK Jalan Gunung. Hal ini disebabkan pelajar tersebut ditegur kerana lambat menyertai perhimpunan. Menurut sumber, mangsa berusia 40 tahun it dikasari kepalanya sebelum dibelasah oleh kumpulan pelajar tersebut. Pelajar lain dalam kelasnya mampu melihat sahaja kerana tidak berdaya untuk menolongnya.Difahamkan, kekecohan tersebut hanya dileraikan selepas dimaklumkan kepada cikgu lain. Usaha untuk mendapatkan komen mangsa tidak berjaya. Cuma yang pasti beliau kini bercuti dan sedang berehat. Sementara, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzman Mohd Jan, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan beliau enggan mengulas kerana kes itu masih di dalam siasatan.
Isu Media
Televisyen
-Televisyen menjadi sebahagian daripada keluarga, hampir di semua rumah. Setiap rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 1televisyen.
-Televisyen : medium utama komunikasi & alat penyampai maklumat yang berkesan &mampu mempengharuhi cara berfikir seseorang.
-Pemerkasan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat, merupakan buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
-Buku ini membincangkan perana televisyen kepada masyarakat sebagai saluran penting mempengharuhi cara berfikir & kehidupan budaya.
Bahagian 1: peranan televisyen, sama ada menggalakan cara hidup materialism atau cara hidup seimbang & luhur.
Bahagian 2: perkembangan era &cabaran perbandingan dengan negara Indonesia &membincangkan usaha-usaha ke arah penubuhan badan pemantauan di kalangan rakyat.
Bahagian 3: Keprihatinan umat dalam menerapkan nilai agama dalam filem& drama.
Bahagian 4: kepentingan&implikasi pengaruh pegiklanan komersial terhadap cita rasa &nilai hidup masyarakat.
Bahagian 5: memperincikan peranan televisyen dalam pembangunan modal insan & menggariskan maksud budaya dan akal yang mewujudkan sikap kurang peka & kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Peta Minda Menunjukkan Kebaikan dan Keburukan Televisyen
Isu Gejala Sosial
GEJALA PONTENG SEKOLAH
Ponteng sekolah: perbuatan salahlaku & melanggar peraturan sekolah.
Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab pada hari persekolahan dianggap sebagai ponteng.
Isu Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Definisi:
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
-Ruang lingkupan tajuknya sangat luas
-Berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat secara tepat dan mudah
Fungsi-fungsi Teknologi Maklumat dan Komunikasi:
- Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan.
-Contohnya bagi tujuan pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, mengambil semula maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat
Contoh Alat ICT yang disalahgunakan pada Zaman ini yang menjejaskan Kesantunan:
- Jenayah Siber
- Penggodam maklumat
- Bahan-bahan pornografi
- Kewujudan budaya plagiarism
ISU PENAGIHAN DADAH
Definisi:
Dadah didefinasikan sebagai satu bahan kimia pembuatan . Ia juga merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada satu bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, serta tingkah laku pengguna apabila menggunakan dadah .
Terdapat pelbagai jenis dadah dan ada diantaranya boleh mengakibatkan ketagihan yang melampau.Penagihan dadah merupakan salah satu masalah sosial yang terjadi di kalangan masyarakat kita sekarang .Masalah ini kian menular akibat daripada pelbagai aspek.Tanpa kita sedari,kita juga telah menggunakan dadah iaitu apabila menggunakan ubatan seperti panadol.Tetapi penggunaan dadah sebegitu tidak berbahaya jika dibandingkan dengan dadah seperti syabu dan pil-pil khayal. Golongan yang selalu terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini adalah terdiri daripada golongan remaja . Bukan hanya golongan remaja,malah golongan artis juga sekarang banyak terjebak dengan aktiviti ini. Mereka ini selalunya bermula dari peringkat remaja dimana mereka baru berjinak –jinak dalam kancah dadah ini, dan aktiviti ini akan berterusan jika tiada usaha untuk berhenti. Maka masalah sosial ini perlulah dikenalpasti akan punca berlaku masalah ini dan cara untuk menghindarinya .
Faktor:
-Sikap ingin mengetahui dan mencuba yang ada pada setiap manusia .Bermula dengan hanya mencuba ,akhirnya seseorang itu akan mula menagih dadah. Jika dahulu penagihan berlaku pada golongan berpendidikan rendah tetapi pada masa kini golongan yang menggunakan dadah terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi malah terdiri daripada golongan yang berkejaya.
-Pengaruh daripada rakan-rakan. Apabila tejebak dengan rakan-rakan yang menagih dadah, sedikit sebanyak kita juga akan mula terpengaruh akan sikap mereka . Mereka akan mula memujuk kita untuk mencuba sahaja ,tetapi keseronokan seketika itu hanya akan menyebabkan kita mula terjebak di dalam aktiviti tidak sihat ini.
-Untuk mendapatkan ketenangan jiwa juga menjadi sebab kepada penagihan dadah ini. Kebanyakkan golongan atasan mengambil langkah mudah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dengan menggunakan dadah seperti pil estasi , ganja , dan syabu. Mereka hanya mengambil jalan cepat untuk menenangkan jiwa. Tekanan daripada keluarga, desakan daripada orang sekeliling serta persekitaran yang memerlukan persaingan .Bagi golongan pelajar mereka menjadikan dadah sebagai alasan untuk lebih fokus di dalam pembelajaran. Mereka mengangap bahawa penggunaan dadah akan dapat memberikan ketenangan kepada mereka.
-Kekurangan penghayatan kepada agama. Hal ini selalunya berlaku kepada golongan yang kekurangan didikan agama dan selalunya berasal daripada keluarga yang berpecah belah. Mereka ini terasa disisihkan dan untuk mencari keseronokan mereka menggunakan jalan singkat adalah dengan penggunaan dadah.Pegangan agama yang rendah membolehkan seseorang itu mudah terjebak kerana jika seseorang itu mempunyai pegangan agama yang teguh akan tahu akibatnya daripada penggunaaan dadah.
-Media massa juga sedikit sebanyak memberikan maklumat dengan cepat kepada masyarakat tentang dadah. Maka masyarakat terutamanya golongan remaja akan mengetahui jenis –jenis dadah dan akan mula membelinya dengan mudah. Antara ciri-ciri bagi orang yang menagih adalah seperti mata mereka merah, insomnia, menurunan berat badan serta kerap menggosok hidung.
Langkah-langkah Pencegahan:
-Badan-badan kerajaan membuat kempen di sekolah bagi menekankan keburukan dadah dan bahayanya terhadap diri seseorang .Kempen-kempen sebegini akan dapat menolong sedikit sebanyak kepada golongan remaja untuk lebih mengetahui tentang kesan jika mengambil dadah.
-Memilih kawan yang betul. Pemilihan rakan sebaya yang betul akan dapat mengelakkan kita daripada terjebak daripada masalah sosial yang berbahaya ini. Hal ini kerana golongan remaja selalu terpengaruh akan gejala yang tidak sihat.
-Pegangan agama . Jika kita mempunyai pegangan agama yang tinggi ,maka kita tidak akan terjerumus di dalam aktiviti tidak sihat ini. Mendekatkan diri dengan Tuhan,akan dapat memberikan kita untuk mengenalpasti akan kebaikan dan keburukan dadah itu.
Kesimpulan:
Kesimpulan daripada masalah sosial ini adalah ,kita sebagai masyarakat Malaysia perlulah mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah dadah ini kerana ianya akan mengundang bahaya kepada diri sendiri malahan memburukan nama negara kita sendiri pada pandangan mata orang luar.
Sumber : Abdul Latib bin Abd Rahman, Umar bin Ahmad, Muhaiyuddin bin Mohamed Azizi, Abu Zaki bin Romli dan Zulkafly bin Mohd Noor. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang