Wednesday, 9 September 2015

Kuliah 7

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


Kesantunan Lisan
  • Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:- 
         a. Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
         b. Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
  • Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta 
  • Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga. 
  • Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap. 
  • Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang kita terima
  • Dari segi bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah: 
           a. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan 
           b. Suara dan intonasi yang sopan 
           c. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
           d. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai 
           e. Penggunaan sistem panggilan yang betul 
           f. Gaya bahasa yang sesuai 
           d. Isi perbincangan yang tidak sensitif

Kesantunan Penulisan 
  • Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang 
  • Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal
  • Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah: 
           a. Surat kiriman rasmi 
           b. Laporan 
           c. Kertas kerja 
           d. Ucapan rasmi 
           e. Pidato 
           f. Minit mesyuarat 
  • Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada sahabat, ibu bapa dll. 
  • Dalam bentuk komunikasi bertulis aspek-aspek kesantunan yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:-
          a. Penggunaan kata panggilan yang betul 
          b. Kata sapaan yang betul 
          c. Gaya bahasa yang tepat 
         d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
         e. Isi yang tidak sensitif

Sumber : Abdul Latib bin Abd Rahman, Umar bin Ahmad, Muhaiyuddin bin Mohamed Azizi, Abu Zaki bin Romli dan Zulkafly bin Mohd Noor. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment