Wednesday, 9 September 2015

Kuliah 5

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Konsep Budaya
  • Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) 
  • secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia 
  • Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia 
  • Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan
  • Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat 
  • Edward B. Taylor melihat budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undangundang, data resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. 
  • Kamus Dewan Bahasa – budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir, kelakuan dll) 
  • Kebudayaan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi 
  • Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Kesantunan 
  • Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. 
  • Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. 
  • Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. 
  • Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancamanff Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).

Kesantunan Merentas Budaya 
  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai 
  • Pemahaman tentang apa yg dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi 
  • Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya = KOMUNIKASI SILANG BUDAYA 
  • Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. 
  • Komunikasi ini berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza bangsa, ras, bahasa, agama, tingkat pendidikan dan status sosial

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia 
  • Kesantunan sangat penting bagi masyarakat majmuk seperti di Malaysia 
  • Perpaduan akan dicapai melalui amalan kesantunan yang diamalkan dalam kehidupan seharian 
  • Namun, masalahnya ialah terdapat perbezaan budaya antara masyarakat Melayu, India, Cina dll 
  • Jadi adalah sangat penting bagi setiap kaum memahami dan menghayati nilai-nilai budaya yang akan mempengaruhi amalan kesantunan

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Cina 
  • Tunduk ketika memberi salam. 
  • Orang tua makan dahulu 
  • Tunggu sehingga semua ahli keluarga tiba dulu. 
  • Dalam tokong tidak membenarkan memakai topi. 
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat India
  •  Duduk bersila semasa makan. 
  • Tidak membazirkan makanan. 
  • Senyap semasa bersembahyang. 
  • Menangalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil 
  • Mematuhi adat dan resam 
  • Salam orang yang lebih tua.

Nilai-nilai kesantunan dalam masyarakat Melayu
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama 
  • Memberi salam apabila bersua 
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap. 
  • Kata sapan. 
  • Kata gelaran. 
  • Panggilan. 
  • Bersalam. 
  • Bertanya khabar. 
  • Melayan tetamu. 
  • Menghormati orang tua
Budaya Masyarakat Malaysia

Image result for hormat orang tua
Menghormati Orang tua
Image result for duduk bersila
Duduk Bersila
Image result for hormat orang tua
Memberi salam kepada Orang Tua

Sumber : Abdul Latib bin Abd Rahman, Umar bin Ahmad, Muhaiyuddin bin Mohamed Azizi, Abu Zaki bin Romli dan Zulkafly bin Mohd Noor. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment