Tuesday, 8 September 2015

Kuliah 4

Kuliah 4: Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan:

  • Merujuk kepada air muka 
  • Berkait rapat dengan maruah diri 
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti " Muka tembok" ," Muka papan  " yang menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka . 
  • Malu bermaksud nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa . 
  • Menurut Islam , malu merupakan perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji . 
  • Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
  • Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan . 
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imeg keluarga juga . 
  • Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak bermaruah . 
  • Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan , pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan . 
  • Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang . 
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar . 
  • Mulut ialah salah satu anggota yang sangat perlu dijaga memandangkan mulut merupakan bahagian anggota yang mengungkapan kata dan anggota yang paling hampir dengan muka.
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal . 
  • Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah , contohnya lidah bercabang, lidah buaya dan lidah tidak bertulang . 


  • Orang Melayu tidak boleh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada orang lain .
  • Kata-kata menggambarkan hati . 
  • Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut . 
  • Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya .
BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ? 
  1. Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
  2. Menjaga cara percakapan kita . 
  3. Menjaga cara pergaulan kita .
    -Contohnya , memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya . 

AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA : 
  • Kehidupan tidak diberkati. 
  • Dipulau oleh masyarakat dan orang sekeliling . 
  • Masyarakat kucar-kacir dan negara tidak aman .
KEBAIKAN MENJAGA MARUAH DIRI
  1. Boleh membendung gejala sosial
  2. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, sejahtera dan negara aman.
  3. Akan disanjungi, disayangi, dan disukai oleh orang sekeliling.


Sumber:
Abdul Latib bin Abd Rahman, Umar bin Ahmad, Muhaiyuddin bin Mohamed Azizi, Abu Zaki bin Romli dan Zulkafly bin Mohd Noor. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.


No comments:

Post a Comment