PERATURAN BERBAHASA
Peraturan Berbahasa
- Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturanperaturan yang tertentu.
- Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.
- Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatik
Peraturan Berbahasa
1. Peraturan linguistik
- Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
- Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
- Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
- Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur
2. Peraturan sosiolinguistik
- Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).
- Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
- Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat
- Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa
- Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”
- Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara
- Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi
- Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi
3. Peraturan pragmatik
- Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan
- Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
- Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.
- Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
- Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
- Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.
- Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
- Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan
Sumber : Abdul Latib bin Abd Rahman, Umar bin Ahmad, Muhaiyuddin bin Mohamed Azizi, Abu Zaki bin Romli dan Zulkafly bin Mohd Noor. (2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment